Saturday, January 7, 2012

dua puluh dua belas

2012 tiba juga...ini bermakna umurku makin bertambah, tanggungjawabku semakin terasa. tiada sambutan meriah berwarna warni dari aku. yang ada cuma getar di sudut hati ini untuk bertemu dengan kamu..si tahun baru.mengapa perlu getar? jujur ku kata, tahun yang sudah merupakan tahun yang sangat istimewa dalam diriku. istimewa kerana aku dipertemukan dengan dia, istimewa kerana aku telah melangkah keluar dari Taman Ilmu dan Budi dengan jayanya, istimewa kerana dengan izin-Nya aku melangkah ke alam pekerjaan, dan tersangat istimewa kerana mereka yang tersayang sentiasa disisi...tahun yang sudah juga adalah tahun kehilangan bagi diriku. Ya..aku hilang kamu. Sang sahabat...tapi percayalah.aku lebih gembira melihat kau sekarang berbanding dahulu...tanpa aku.

Tahun ini yang ku harap adalah keredhaan, perlindungan dan petunjuk dari-Nya...Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa ku.Lindungilah aku dari tipu daya iblis yang dilaknat...



p/s:tidak menyapa bukan bererti aku lupa kalian..

Thursday, December 1, 2011

lima tahun

Abah

aku RINDU.



5 tahun telah berlalu. Semoga roh abah tenang di sana. amin~

hilang

pedih...
bila yang manis bertukar pahit..
tak apa...
akan ku tambahkan gula supaya kurang pahitnya...
sakit...
bila yang paling manis darimu
hanya datang sekali sekala
tak apa...
akan ku tunggu datangnya saat itu...
derita...
bila aku berubah
kau berubah
mana pergi kau yang dulu?
mana pergi aku yang dulu?
mana sabar mana rayu?
HILANG? LUPA?


sakit.

Saturday, August 13, 2011

kerja.

LAMA dah tak menjenguk blog.berhabuk.sampai aku kene pergi sensei beli ubat batuk.gile tipu.
kekangan kerja.
ya.kekangan kerja menyebabkan perkara2 ini berlaku pada aku:-
  • aku selalu je tak sempat potong kuku
  • aku dah tak pandai bermadah pujangga dalam blog
  • facebook tu dah tak seksi lagi di mata aku
  • aku dah tak ade cerita menarik nak cerita
  • aku dah tak ade koleksi gambar terbaru walaupun rupa parasku sudah semakin cun.erk??
  • tak sempat nak memanjakan diri.dahlah tak ade siape nk manjakan aku.nyampah!
--------------------------------------

tapi bekerja itu perlu.

Friday, May 20, 2011

yaaaaawwwwwww!










gambar-gambar ni diambil semasa percutian ku di Sabah!
best!

Wednesday, April 20, 2011

3 inci!

WOOT woot! sangat lah lame tidak mengupdate blog ni.habuk pon dh naik 3 inci.hahaha.beta agak sebok beberapa minggu yg lepas.bukan sebok study..tapi.sibuk tgk drama korea, sibuk makan, sibuk tidur, sibuk bercinta.hehehe.cuti seminggu ni boleh la nk buat senaman jari....minggu depan aku akan start kerja.yeeeeehhhaaaaaa!(padahal nk terkeluar jantung aku.NERVOUS!) alhamdulillah...harap2 nye pokok anggur tak sempat la berbuah.aku nervous nk start kerja.kalau dulu aku sebok membebel sbb cuak nk start praktikal, ni aku nk membebel sbb cuak nk start kerja.mama aku ckp "dulu mase nk masuk asrama, sebok takut nk masuk asrama. mase nak masuk U pon mcm tu gak. Ni mase nk kerja pon same jugak..."(aku sengih2 kambing je dgr). Kalau aku takde perasaan nervous tu, aku rase aku manusia separa normal.betul x? tak byk, sikit mesti ade punye.segagah mane pon korang, kalau first day nak pergi kerja, mesti tak tido malam punye lah.kan kan kan?mcm2 aku pk, takot boss garang, ofismate garang, lampi,kene marah dan segala benda negatiflah.hahahaha.satu benda lagi, aku takut result exam kali ni...ish.ni sem aku paling x konfiden la.hmmmm nk cite byk pon tak berapa nk berbaloi.


p/s: first day nak pakai baju warna ape ea? haha

Tuesday, March 1, 2011

ingat aku suke ke nk tulis entri ni?

ya.
salahkanlah aku
kutuklah aku
makilah aku
tak luak pun duit aku kat bank
korang yang tak tahu cerita ni
mulut memang mcm *****
mata memang mcm ****
pemikiran memang tahap *****
tapi buat kesimpulan
GILE MANTAP!
hishhh..................
duduklah dalam gossip2 korang tu
bergelumanglah dalam sangkaan2 korang tu
buat hipotesis byk2
pas tu concludekan sendiri
jgn lupa sebar satu dunia
aku tak cakap aku betul
tapi bukan bermakna
korang ada HAK NAK CAKAP AKU YANG SALAH.
---------------------------------------------
aku sangat kecewa