Tuesday, December 21, 2010

mungkin berpaling

lupakanlah....
angan2 kita
janji2 kita
buanglah semua
semua yg x mungkin terjadi
manusia berubah
aku berubah
kau berubah
mereka berubah
saki baki masa ini
laluilah dgn senyuman
kuatkanlah dgn doa
..................................................
palingkanlah rasa kasih dan sayang ini

Tuhan mungkin dah makbulkan 85% doa aku

cinta itu dah pudar...
syg itu dah hilang...
kasih itu dah tawar...
rindu itu dah mati...
benci itu sudah reda...
...............................................
aku pandang kau dgn hanya pandangan kosong

Thursday, December 16, 2010

aku masih normal

patah hati...
menunggu cinta yang
sudah pasti
tidak hadir untuk diri
ini





..................................................................
kecewa dan aku itu umpama irama dan lagu

aku masih suka kau

ternyata...
cakap2 itu tidak benar
rasa2 itu jauh menyimpang
aku tidak sempat pun berumah di sudut hati kau
aku tidak sempat pun tersenyum di minda kau
hati kau
cinta kau
untuk dia
mungkin satu nikmat
mungkin satu ujian
tapi...
aku masih tinggalkan secebis harapan
kalau2
kau tersedar
yg aku
masih punya perasaan...

Monday, December 13, 2010

macam mane nk cakap eh?

org ramai mintak aku hijrah!
jd zell yg baru
lupakan semua kesedihan
siapa yg nak sedih?
aku dah penat rasa sedih2 ni...
sakit tahu tak!
mungkin orang ckp aku ni mengade2
sket2 nak touching
cuba try test duduk kat tempat aku bai!
rase sedap ke tak?
pahit wey....
macam kena paksa kunyah panadol hidup2.
aku tak pandai nk berlakon2 ni
tak pandai nak pura2 suka
tak pandai nak pura2 gembira
kalau lah perasaan ni aku boleh korek dr hati dan keluarkan buang dlm tong sampah
dah lama aku buat...
aku tak sampai hati nak berlaku kejam
lagi2 dengan kau!
tapi kau sanggup kan?
aku tak tahu apa dalam hati kau
yang aku boleh bau
kita sedang berselindung sesuatu
kau dan aku.
tapi bila aku give up
x nak menyakiti perasaan kau
tup tup tup
kau yg start dulu.
kenapalah aku kenal kau wey...
kalau setakat nk end up mcm ni
percayalah
kita TAK AKAN pergi jauh
betul ke ape aku buat ni?
ke aku je yg paranoid?
see...better korang tolong aku
sebelum aku jadi tak betul
tolong aku wey...
keluarkan aku dari sini!
...............................................................
berkenalan itu jauh lebih MUDAH daripada berpisah

cuba try test

nak tahu apa rasa jd selipar buruk
boleh tanya aku
aku pakar bab ni sekarang
kalau x caya
try la tanya
..................................................
sekarang ni putaran hidup lebih laju dr tayar F1

Sunday, December 12, 2010

yang sakit itu...kau!

yang sakit itu
apabila kita cuba membenci sesuatu yg bermakna dlm diri kita



yang sakit itu
apabila kita menyedari yang kita hanya bertepuk sebelah tangan



yang sakit itu
apabila kita terpaksa berpura2



yang sakit itu
apabila kita dipermainkan



yang sakit itu
apabila kita dilupakan



tapi.....


yang indah itu
apabila kita meredhakan...

Thursday, December 9, 2010

aku rindu kenangan dulu

tiba-tiba malam ini hati jd sayu...
umur semakin meningkat...
maut semakin dekat...
ingin aku singkap kenangan indah waktu dahulu...
ketika umur baru setahun jagung...
indahnya...
masalah dulu tak sama mcm masalah skrg...
mudahnya...
farah...
ingat lagikah kau waktu kita dulu2
berdua ke kelas
bersembang
buat assignment
byk aku kongsikan bersama kau
terlalu byk
kita kongsi impian yg sama
mahu berjaya di gombak nanti
ingat lagi janji aku?
aku ckp aku akan amek kau ke kelas setiap hari jika aku punya motor
ingat lagi pasal2 jejaka idaman kita?
lecturer yg jd kegilaan kita berdua
maafkan aku farah
aku telah mungkir janji...
maafkan aku teman...
lisa...
dah lama sebenarnya kita kenal
walaupun kita tak rapat
tapi masih ada momen2 manis kita lakarkan
ingat snake on the plane??
ya.kita tgk movie itu berdua.
dkt mid.
then kita makan mcd.
kesukaan kau.
jujur aku katakan
semakin lama
aku semakin percaya
akan kata2
tak kenal maka tak cinta
teruskan hijrah kamu teman
semoga Tuhan rahmati kau...
emmi...
tanpa kau sedar
kau lah orang pertama yang aku tegur dulu
aku ingat lagi
masa tu semua student sibuk meneliti jadual
jadual tu tampal depan bangunan irk
aku tegur kau
dan mintak number telefon kau
kau sgt baik.
sama seperti dahulu
kerana itu kau punya ramai teman
kerana orang akan berasa senang di sampingmu
bertuahnya aku punya sahabat seperti kau
jika namamu tidak aku ukirkan disini
bukan bererti aku lupa
bukan bererti aku alpa
cuma hatiku jadi semakin sebak
semakin sempit
kenangan bersamamu wahai teman2
cukup bermakna buat diriku
maafkan diri ini
kerana mungkin aku telah mungkir kepada janji2 ku
mungkin aku tidak mengendahkan dirimu
maafkan aku...
maafkan aku...
maafkan aku...
aku cinta kau wahai teman....

Saturday, December 4, 2010

Friday, December 3, 2010

ya aku sedang jatuh terduduk

kecewa
datang kau bertimpa timpa
bagai ketulan batu bergolek dr atas gunung
tahukah kau betapa sakitnya aku bila kau dtg kpdku
kau tak pernah sunyi dr menghadirkan diri dlm kamus hidupku
namun...
aku akan sabar dalam menghadapimu
sejauh mana aku sendiri pun tidak pasti
mungkin kau gemar benar melihat air mataku jatuh ke bumi
mungkin kau rasa puas hati melihat aku tersedu sedan di kala sunyi
hadirlah kecewa selagi kau tidak jemu
aku pasrah...
siapalah aku yg boleh mengubah corak dunia
Tuhan itu Maha Adil
tidak selamanya hambaNya akan diduga dgn kekecewaan
.........................................................
moga hari esok mentari tersenyum kepadaku
Insya Allah

jangan makan dalam

sila ketuk kepala sendiri
bila ckp aku tak boleh survive tanpa kau
kehilangn dan kekecewaan itu telah byk kali aku lalui
cuba kau fikir diri kau...
jgn nanti kata2 kau makan diri sendiri
.........................................
jangan bongkak
tulislah apa yang kau mahu tulis
aku mahu baca

Thursday, December 2, 2010

drama di tv mmg menarik

maaf
aku sudah hilang percaya
pada lelaki mahupun wanita
pada yang baik mahupun yang jahat
pada yang tua mahupun yang muda
pada ketua mahupun pekerja
pada bertudung labuh mahupun singkat
pada berkopiah mahupun berketayap
pada yang putih mahupun yang hitam
pada sahabat mahupun musuh
.......................................
aku benci hidup penuh drama
mari sama2 mengingati mati

komplikated itu aku

tiada apa yang pelik
tiada apa yang canggung
di akhir cerita
kita pasti tinggal sendirian
aku terima seisi alam mentertawakan ku
aku terima seisi alam mencemik ke arah ku
hari ini kau hebat
hari ini kau rasa hidup kau sempurna
esok belum tentu lagi
aku cerita pasal siapa?
aku cerita pasal makhluk tuhan
kalau kau terasa
kau telan saja
sama seperti aku telan bulat2 penghinaan org kepadaku
sama seperti aku telan hidup2 sindiran org kepadaku
.....................................................
manusia mudah lupa

obses itu hanya kata kau

hebat sgt kah diri
sampai rasa org obses dgn kita?
sedangkan berjalan pun kita terjatuh
kasihan.
aku juga punya ibu ayah
yang hatinya turut terluka
apabila hati si anak terluka
aku bukan manusia sempurna
tapi aku manusia yang tahu makna
sebuah keikhlasan...

itu bukan aku!

aku bukan wanita itu

yang kau boleh banggakan...



yang kau boleh banggakan

kerana rupa paras yang cantik menawan



yang kau boleh banggakan

kerana lincahnya aku didapur memasak itu dan ini



yang kau boleh banggakan

kerana hebatnya aku menambat hati orang tua



yang kau boleh banggakan

kerana merdunya suara ketika berkata2



yang kau boleh banggakan

kerana manisnya senyuman dan lirikan manja



yang kau boleh banggakan

kerana lenggang lenggokku yang bisa buat lelaki teruja



tapi aku tetap wanita

yang punya hati dan perasaan

yang akan belajar melengkapi kelemahan



aku sudah kecewa 398 kali...apalah sangat untuk kecewa untuk kali ke 399

oh siti...

"aku perlukan sepasang selipar baru yg boleh membawa ku kemana2"
"nah inilah selipar yang paling sesuai dgn mu"
bermulalah kehidupan aku si selipar bersama seorang budak perempuan
biar aku namakannya siti
siti merupakan seorang budak hingusan yang tinggal dihujung kampung
aktiviti hariannya tidaklah seteruk mana
siti anak yang manja
disayangi oleh setiap ahli keluarganya
ketika siti membawa aku pulang ke rumah
semua org memuji2 kecantikan aku, si selipar baru
maklumlah di kampung itu hanya siti sahaja yg mampu memiliki ku
siti menjaga aku dengan penuh kasih sayang
kehadiran aku didalam rumah itu sgt dihargai
aku dianggap barang yg sgt penting didalam rumah itu
kadang2 siti memarahi ku jika aku kotor atau terjatuh
pelik kan?
tapi kata siti, dia marah kerana dia syg kan aku
aku tersenyum, aku juga sygkan kau siti
kau kan tuan aku
hinggalah pada suatu hari apabila seorang tetamu dtg dan menghadiahi siti sepasang selipar baru
aku yang diletakkan di rak kasut berasa sgt cemburu
siti sudah mula lupakan aku
kata siti, selipar barunya itu lebih menepati kehendaknya
selesa, bergaya, dan cantik
habis aku siti?
aku hanya menunggu masa utk mencampakkan kau kedalam tong sampah wahai si selipar buruk
kawan2 aku juga sudah jemu dgn kau
oh siti....
cepatnya kau lupakan aku
aku rindukan siti
sudah lama siti tidak memarahi ku
itu tandanya siti sudah tidak kesah kan aku
tapi siti...
hidup ini bagai roda
jangan lah kau bersikap angkuh dengan kasut baru yang kau miliki itu
oh siti...siti...siti...

bukan 2 alam

ini lumrah alam...
bila yang baru sudah jadi buruk, tempatnya sudah tentu di dlm stor
bersesak2 bersama brg2 buruk yg lain
alkisah ada sebuah motosikal yg dulu pernah jadi igauan seorang anak
siang malam mulutnya tak henti2 bercerita pasal kehebatan motosikal itu
walhal motosikal itu tidaklah hebat mana...
cuma apabila sudah suka, mana cacat celanya sudah kabur dek kerana suka
si anak itu pun memujuk ayahnya supaya membelikannya motosikal itu
si anak sering mengeluh kakinya sakit dek terpaksa berjalan berbatu2 untuk ke sekolah
kerana kasih kan anak...kehendak anaknya itu diturutkan
si anak gembira bukan kepalang
dicium2 pipi si ayah tanda terima kasih
bermulalah hari2 indah si anak dgn motosikal barunya
ke sana ke mari hanya berdua
bila org nk tumpang, ada sahaja alasannya
siang dan malam asyik memuji si motor baru
dicanangya pada sesiapa sahaja yg lalu ttg kehebatan kwn brunya
dibelai2, diusap2, di jaga rapi si motor setiap hari
pantang ada org yg cuba mengkritik motor barunya
teruk org itu dimarahi
semuanya kerana dia terlalu kasih kan motor barunya
si motor pun rasa bertuah
kerana mempunyai tuan yang begitu kasihkannya
suatu hari si motor bersuara
"tuan...usahlah tuan terlalu kasihkan aku.aku hanya sebuah motor.esok lusa, apabila tuan sudah punya pengganti aku kerana kelemahan yg ada pada aku, pasti tuan akan lupakan aku"
dgn suara yg pelik si tuan menjawab
"kenapa kau berkata begitu kpdaku?bukan kah aku tuanmu?sudah pasti aku akan menjagamu sampai bila2.aku tidak akan biarkan sesiapa pun menghinamu.percayalah"
si motor pun berasa senang hati
ditemaninya si tuan kemana saja yang dia mahu
diturutkan sahaja kehendaknya tanpa byk soal
dia merasa suka apabila tuannya berasa bangga apabila bersamanya
hinggalah tiba pada suatu hari
ketika mereka berdua melalui sebaris kedai yang menjual motokar2 yang hebat
si tuan tiba2 terpaku di hadapan kedai
dia kelihatan sgt tertarik dgn kecantikan salah satu motokar disitu
mulai saat itu, kasihnya dia pada si motor semakin pudar
dia sudah memasang angan2 untuk mencari pengganti kepada si motor
pada suatu hari, ketika si tuan sedang bersiar2 bersama motornya
tanpa disengajakan, salah satu anggota utama si motor rosak
bukan main menyinga lagi si tuan
"maafkan aku tuan...jantung ku sakit.sbb sudah lama benar tuan tidak mencucinya...kini aku tidak dpt bertahan lagi" kata si motor ketakutan
"ah!!!kau ini mmg menyusahkan!sudah lama benar aku bersabar dgn kau"
"apa kah salahku tuan...bukan kah kau berjanji utk mengasihi ku sampai bila?"
"itu dulu.ketika aku belum tertarik dgn motokar yang kita sama2 lihat di bandar tempohari"
"maksudnya..tuan sudah tidak kasih kan aku?apa kurangnya aku wahai tuan?"
"ya aku sudah tidak kasihkan kau!bila hujan kau tidak dapat melindungi ku dr basah kuyup.bila panasnya cuaca, kau tidak dpt manahan teriknya matahari dr mengenai ku.aku sudah letih berdua bersamamu.aku mahu keluar beramai2 bersama teman2 yg lain.jika aku punya motokar, sudah pasti dia boleh berbuat semua itu kepadaku.kau jgn risau,akan ku gunakan mu sehingga ayahku membelikan aku motokar baru"jawab si tuan angkuh.
terpanalah si motor dgn kata2 itu.bukan aku yg memaksamu membeliku dahulu.bukan kah aku sudah mengingatkan dirimu agar tidak terlalu mengasihiku,kerana kelak aku akan kau tinggalkan jua.namun, terima kasih aku ucapkan kepada mu tuan, kerana pernah mengasihi ku.aku kini sedia utk diletakkan di stor.aku kini sedia utk dicaci oleh org ramai.aku kini sudah terlalu sedia utk mendengar segala keluhan dan kritikan dr mulutmu.aku tidak sempurna tuan, tidak seperti yg kau banggakan satu ketika dahulu...
LUMRAH ALAM...