Thursday, December 1, 2011

lima tahun

Abah

aku RINDU.



5 tahun telah berlalu. Semoga roh abah tenang di sana. amin~

hilang

pedih...
bila yang manis bertukar pahit..
tak apa...
akan ku tambahkan gula supaya kurang pahitnya...
sakit...
bila yang paling manis darimu
hanya datang sekali sekala
tak apa...
akan ku tunggu datangnya saat itu...
derita...
bila aku berubah
kau berubah
mana pergi kau yang dulu?
mana pergi aku yang dulu?
mana sabar mana rayu?
HILANG? LUPA?


sakit.

Saturday, August 13, 2011

kerja.

LAMA dah tak menjenguk blog.berhabuk.sampai aku kene pergi sensei beli ubat batuk.gile tipu.
kekangan kerja.
ya.kekangan kerja menyebabkan perkara2 ini berlaku pada aku:-
  • aku selalu je tak sempat potong kuku
  • aku dah tak pandai bermadah pujangga dalam blog
  • facebook tu dah tak seksi lagi di mata aku
  • aku dah tak ade cerita menarik nak cerita
  • aku dah tak ade koleksi gambar terbaru walaupun rupa parasku sudah semakin cun.erk??
  • tak sempat nak memanjakan diri.dahlah tak ade siape nk manjakan aku.nyampah!
--------------------------------------

tapi bekerja itu perlu.

Friday, May 20, 2011

yaaaaawwwwwww!










gambar-gambar ni diambil semasa percutian ku di Sabah!
best!

Wednesday, April 20, 2011

3 inci!

WOOT woot! sangat lah lame tidak mengupdate blog ni.habuk pon dh naik 3 inci.hahaha.beta agak sebok beberapa minggu yg lepas.bukan sebok study..tapi.sibuk tgk drama korea, sibuk makan, sibuk tidur, sibuk bercinta.hehehe.cuti seminggu ni boleh la nk buat senaman jari....minggu depan aku akan start kerja.yeeeeehhhaaaaaa!(padahal nk terkeluar jantung aku.NERVOUS!) alhamdulillah...harap2 nye pokok anggur tak sempat la berbuah.aku nervous nk start kerja.kalau dulu aku sebok membebel sbb cuak nk start praktikal, ni aku nk membebel sbb cuak nk start kerja.mama aku ckp "dulu mase nk masuk asrama, sebok takut nk masuk asrama. mase nak masuk U pon mcm tu gak. Ni mase nk kerja pon same jugak..."(aku sengih2 kambing je dgr). Kalau aku takde perasaan nervous tu, aku rase aku manusia separa normal.betul x? tak byk, sikit mesti ade punye.segagah mane pon korang, kalau first day nak pergi kerja, mesti tak tido malam punye lah.kan kan kan?mcm2 aku pk, takot boss garang, ofismate garang, lampi,kene marah dan segala benda negatiflah.hahahaha.satu benda lagi, aku takut result exam kali ni...ish.ni sem aku paling x konfiden la.hmmmm nk cite byk pon tak berapa nk berbaloi.


p/s: first day nak pakai baju warna ape ea? haha

Tuesday, March 1, 2011

ingat aku suke ke nk tulis entri ni?

ya.
salahkanlah aku
kutuklah aku
makilah aku
tak luak pun duit aku kat bank
korang yang tak tahu cerita ni
mulut memang mcm *****
mata memang mcm ****
pemikiran memang tahap *****
tapi buat kesimpulan
GILE MANTAP!
hishhh..................
duduklah dalam gossip2 korang tu
bergelumanglah dalam sangkaan2 korang tu
buat hipotesis byk2
pas tu concludekan sendiri
jgn lupa sebar satu dunia
aku tak cakap aku betul
tapi bukan bermakna
korang ada HAK NAK CAKAP AKU YANG SALAH.
---------------------------------------------
aku sangat kecewa

Wednesday, February 23, 2011

7 perkara yang buat aku rasa nk terajang spesies 'kau' ni

  1. bila kau tipu secara hidup2.dengan alasan yang x boleh diterima akal.
  2. bila masalah yang patut diselesaikan secara bersemuka, diceritakan kepada org lain, dan orang lain itu menyampaikannya kepada aku.
  3. bila kau tegur aku dengan cara yang aku rasa tak berapa nk sedap untuk ditelan.
  4. bila kau nk sebok hal aku.
  5. bila kau sesedap maggi je direct sound kat aku, sedangkan kau pon patut di direct sound oleh orang lain.
  6. bila kau bermuka2 baik ngn aku,padahal kau adalah stalker terhebat abad ini.
  7. bila kau buat2 caring padahal kau sengaja nak tahu cerita sebenar.

---------------------------------------------------------------------------------------------

aku benci orang macam 'kau'

mengapa perpisahan yang kau pinta?

Seketika itu sepi mencuit hati
Hanya suara hujan seakan menyanyi
Mendendangkan lagu syahdu
Ketika ku terpegun
Merenung jauh gambarmu sayangku
Terkilan rasa bila kata-katamu
Kau ucapkan padaku, membuat ku terpaku
Bersama-sama suratmu, setelah ku baca kini
Seolah ku berada dalam mimpi
Titisan demi titisan
Airmata ku jatuh berlinangan
Kugenggam gambarmu dalam pelukan mesra
Tak mungkin dapat ku melupakanmu...
Sayang...
Di dalam dunia ini
Tak mungkin dapat ku cari pengganti dirimu
Oh... mengapa perpisahan yang kau pinta
Janganlah kau lupa suatu ketika dulu
kita pernah bersama berjanji dan bercinta

kan saya dah cakap banyak kali, saya paranoid.

awak janji x kan tinggalkan saya
awak pon janji benda yang sama kat orang lain
ikut pengalaman, saya dah gagal berbuat demikian
saya tak pandai bahagi2 ni
tapi saya dapat rasa awak bersungguh-sungguh
bila minta saya jangan pergi
awak cakap suruh percaya awak
memang saya percaya
tapi hati kecil saya bisik benda lain
kata-kata awak buat saya terharu
buat saya terkesima
ada juga orang sayang saya rupanya
keadaan ini buat saya serba salah
kalau satu hari nanti awak terpaksa memilih
pilih lah dia, jangan pilih saya
sekurang2 nya saya dah biasa rasa kecewa
saya dah biasa berendam air mata
saya dah biasa rasa merana
mungkin juga kerana saya sampai sangat lewat berbanding dia
kasih sayang saya juga mungkin tak sehebat dia
pengorbanan saya juga mungkin tak sebesar dia
memori dengan saya juga mungkin tak semanis dengan dia
kenapa saya ckp mcm ni?
sebab saya kan paranoid.
------------------------------------------------------------------
dalam hati kecil saya menjerit2 supaya awak jangan tinggal saya

Thursday, February 17, 2011

satu lagi monolog

i want you to teach me
how to get along with you
without hurting you.
how to make you smile
without making you cry.
-------------------------------------
this is not easy for me.

Wednesday, February 9, 2011

no. 9

i am sorry



.whereverigoialwaysforgothowtoforgetu.

emmi,dah siap!

Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
oksigen

Benda terakhir yang korang beli guna duit korang ?
lunch

Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
bora ombak.simple.

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
:)

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
infinity

Novel/buku/majalah terakhir yang dibeli?
text book ADR

Apakah nama penuh korang?
Azella Rahman

Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
abah.

Namakan orang yang betul-betul korang nak dalam hidup korang?
cikgu,sy tak tahu nak jawab.

Adakah korang basuh baju korang sendiri?
ya

Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
Manchester.
5 lagu yang paling suka dan selalu dengar ?
back to december
cinta sempurna
suddenly lewat
cinta kristal
(_____________)

Tuesday, February 8, 2011

beritahu bila sudah benci.

.kesakitanitujugasaturasa.

sangat sadis.

sangat sadis.

tulisan ini untuk aku sendiri

cakap kau sgt menyakitkan
cakap kau sgt memedihkan
cakap kau sgt mengusutkan
cakap kau sgt tidak benar
cakap kau sgt kurang ajar
aku tahu itu bukan kau
itu emosi kau
aku tahu itu bukan kau
itu amarah kau
yang aku dapat rasa
aku berada di tempat kau dulu
dan kau berada di tempat lama aku
tapi dulu aku pilih untuk setia
dan kini kau pilih untuk pergi
mana janji
mana sumpah mati
baru aku tahu
itu mungkin cuma kata2
tak sampai pun dalam hati
jangan pergi tinggal aku
kerana semangat aku
sudah ku beri pinjam untuk dirimu
aku masih aku yang dulu
tak sedikit pun kurang sayang aku padamu
andai kau rasa aku yang mula angkat kaki
sebenarnya tidak...aku masih disini
............................................................................................
aku cuma mahu kita kawan sampai mati

Friday, February 4, 2011

Wednesday, February 2, 2011

sharing is caring kan

24 tanda...

1. Orang yang mencintai kamu "tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu". Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya "yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya".

3. Orang yang mencintai kamu selalu "menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik" walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu "selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini", dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan "mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya", kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya "dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS".

7. Orang yang mencintai kamu akan "selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu", bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8. Orang yang mencintai kamu "selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan", bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan "belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu", bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan "sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu" - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan "mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu."

12. Orang yang mencintai kamu akan "memberikan suatu barang miliknya" yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan "terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu", sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu "selalu ingin berada di dekat kamu" dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan "sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu".

16. Dihatinya "dia benar-benar takut kehilangan kamu", pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'

17. Orang yang mencintai kamu "bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih."

18. Orang yang mencintai kamu "sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali" dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang "merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala". Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan "mengajarimu dengan sabar" walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka "nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya". Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan "menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu", walaupun hal itu membunuh hatinya.

23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya "dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu".

24. Orang yang begitu mencintaimu, "tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui", kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

-----------------------------------------------------
SESUNGGUHNYA CINTA ITU SUBJEKTIF

ini kira janji ke?

BREAKFAST hari ini adalah 'ubi'!hahaha.haruslah tersenyum ye...mata ni pandang tak bernafsu je dekat buku2 library ni.takpelah...warming up dulu.hati ni sebenarnya asyik teringat dekat buku library yg aku hilangkan tu.hmmmmm mcm x jumpe balik je.haruslah aku buat muka seposen dekat mama dan haruslah aku rasa bersalah sbb susahkan mama.aiyaaaa...gile careless.ade gak sket portion dalam hati ni ingat dekat orang tu.3/4 lagi mestilah ingat dekat u-know-who-u-r.hahahaha...now ni aku syg betul hari ahad.semue benda manis pon jadik hr ahad...naik cuti ni, kena study serious sket...oh plz....no more ponteng kelas.even kelas government finance pon kene pergi jugak.hari tu habis exam, mcm nk terbalik je.gile beku pale aku.arab tak usah cerita la...aiyaaaaa.final sem ni, kenapa susah je aku rasa.EAP satu hal...ARM pun satu hal.naik cuti ni, kena score la midterm PIL...ade org tu bersungguh2 aku tgk.kite kenala mencontohi cth yang baik2 ni kan? mama keep on cakap, "sikit je lagi tu..."hmmmm sikit je lagi tu nak buat aku pengsan.mostly subject yang aku tak berapa nak suka.tapi kena paksa suka.government finance terutamanya, sangatlah tak berapa nak faham. naik cuti ni, ini semua kerja yang perlu aku kerjakan ~
  • midterm PIL
  • assignment GF
  • EAP
  • presentation ADR
  • written submission ADR

--------------------------------------------------------------

sila halau aku pergi kelas kalau nampak aku merayau2 pada waktu seharusnya aku dalam kelas

Tuesday, February 1, 2011

hanya sebuah kata2

"semuanya tetap abadi seperti mula dulu
itu bukan bererti untuk engkau bertakhta kembali
cukuplah aku menangis dari perbuatanmu yg menghiris
biarlah aku maklumkan
kedudukan sebenar
untuk ku terima mu
seperti dulu
ku sudah tawar..."

Monday, January 31, 2011

tapi bukan aku

tak pernah sejauh ini
tak pernah seteguh ini
tak pernah setabah ini
tak pernah sekuat ini
bohong kalau tak ingat
tipu kalau tak rindu
tapi
bukan aku....lagi.
-------------------------------------
sila sepak aku kalau aku toleh belakang lagi

Thursday, January 27, 2011

internal

cuak
takut
serabut
*plus*
gembira

---------------------------------
hadapi dengan bergaya

Saturday, January 22, 2011

memang silap aku

silap aku
kerana terlalu menguji kau
silap aku
kerana selalu mencabar kau
silap aku
kerana sering menyakiti kau
tapi bukan salah aku
apabila mula menyayangi engkau
------------------------------------------------------------------
maafkan aku untuk kali ke 9999

Friday, January 21, 2011

bukan lagu kosong

Lirik Lagu Cinta Sempurna - Yuna

Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...

Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...

orang lain yang cakap

orang cakap,
cara hidup kita
kdg2 ada sangkut paut dgn siapa kita berteman
orang cakap
apa kegemaran kita
kdg2 ada kene mengena dgn org yg kita rapat
buat masa sekarang
baru 2perkara aku dapat rasa

  1. aku dah tak tahan sejuk
  2. aku suka minum sirap

--------------------------------------------

orang yg cakap, bukan aku cakap

Thursday, January 20, 2011

aku sudah lupa nama kau

aku tahu cinta aku terlalu sempurna utk kau
terima kasih utk tidak mencuba
kerana kau akan gagal
aku berjaya lakukan sendirian sebelum ini
apalah sangat untuk selepas ini
-----------------------------------------------------------
kau takkan mampu menanggung sebuah cinta sempurna dari aku

Wednesday, January 19, 2011

saya sgt maksudkannya

FINALLY
---------------------------------------
THANK YOU
"dont make someone a priority when they make you an option"
-im taking back my love-

Tuesday, January 18, 2011

pengakuanmaaf

I AM SORRY
(u know who u r )
kalau aku buat lagi
kau boleh cubit aku sampai kau puas hati
DEAL?

Sunday, January 16, 2011

aku bukan pemain pon 2

selama beberapa hari ni, aku akan tersenyum sampai telinga. rasa bahagia mcm org sedang hangat bercinta.hahahaha.mestilah wey....team aku menang GOLD untuk usc!(sila tepuk tangan dengan ikhlas).berbalas la segala penat lelah mereka,turun training siang malam.secara jujurnya...aku syg team ni.semua dgr cakap.semua tunjukkan effort.walaupun some of them baru dalam game ni, tapi mereka berani dan bersungguh2.aku sgt respect!i learn a lot from them, from this team...serious.kalau kita nak berjaya dalam team, kita kene ada kerjasama...kena ada semangat...dan kena bersikap terbuka.kan kan kan?aku rasa...kitorang bukan team yg digeruni pon...tapi tengok apa hasilnya kalau kita buat sesuatu tu dengan penuh ketekunan dan kesungguhan...kitorang kalah first game and draw second game masa peringkat kumpulan.tak de score dr team aku.org lain bertalu2 masuk goal.tapi alhamdulillah mereka tak patah semangat...aku tahu diorang risau.aku apatah lagi...nak lelap mata pun susah.thats why la..lepas kita berusaha kita kena berDOA. doa itu kan senjata org mukmin ;)
.............................................................................................................................................
pantun ini aku tujukan untuk team yg satu tu:
pergi kedai dgn kak yati
singgah sebentar di pasar pagi
kalau korang rasa tak puas hati
tahun depan mehla lawan lagi

Friday, January 14, 2011

aku bukan pemain pon

NERVOUS gile.aku tak dpt bygkan apa yg alex ferguson rasa bila team die nk main.ok fine...USC je, but its something BIG at least for me.esok last game utk peringkat kumpulan.tak de strategy lain melainkan kena MENANG!Owwhhhhh...dada aku nk pecah kerana nervous.tp instinct aku ckp, "boleh pergi jauh".tapi TUHAN kan yang menentukan.usaha dah,doa dah, tawakal sajalah...my dear players...please do your best tomorrow. i heart all of you!

HI

NICE TO KNOW YOU
hahaha

Tuesday, January 4, 2011

tiada apa2

aku pejamkan mata rapat2
sambil berharap segala beban itu hilang
beban apa?
aku sendiri lupa definisi beban
aku tarik nafas dalam2
aku lepaskan perlahan2
hilang sesak nafas ini seketika
..........................................................
permudahkanlah urusan Ya-Kareem