Monday, July 19, 2010

ckp2 di pagi hari

sepanjang pengajian aku kat yuaiye ni, dh 3 convest aku jumpe.semua ad kenangan tersendiri.walaupun aku hanya rakyat biasa.haha
convest 07
masa ni aku first year. seingat aku sekali je aku pernah menapak ke convest hill tu. ye la...masa tu bumblebee kesygn beta tu x wujud lagi. jd agak terbatas la pergerakan dgn tujuan merayap ni. masa tu tahan wey...makan biskut tiger dgn milo sejuk..sekarang bagi makan tiger bernyawa pon aku belum tentu kenyang!haha. aku x amek port sgt convest 07 ni..biasalah..freshie.
convest 08
aku SUKA convest 08!yeay!!!!!segala doa aku bagaikan dh termakbul...ya, doa aku utk kau masuk sini.aku appreciate sgt convest 08. everyday makan aiskrim mingo2, minum vico freeeeee!best!kalau masa tu boleh diundurkan...aku nk rasa balik convest 08.
convest 09
damn!aku benci nak mati convest 09.serious.tak tipu.masa ni mcm2 jadik dalam hidup aku.aku kenal mana permata mana kaca.aku belajar yg manusia ni x semuanya jujur.aku tahu yang manusia ni ada yang lagi bodoh dari vavi.aku sakit.sakit segalanya masa convest 09.bodoh bodoh bodoh!aku mmg dh memaafkan.tapi aku tak pernah dpt melupakan.
convest 10
soon...hope mimpi buruk tu x berulang.kalau nk berulang gak...biar la kena kat org lain pulak.(oooppppssss!haha)
convest 11
insyaAllah...will be MY CONVEST!

Tuesday, July 13, 2010

Thursday, July 8, 2010

cerita kosong2

4 tahun lepas...masa hari pengebumian arwah abah, setitis pun air mata aku tak jatuh...aku tahu masa tu Dia yang hembuskan kekuatan pada jiwa aku untuk jadi tabah. Bila aku pandang mama dan keluargaku yang lain, aku tahan air mataku dr tumpah. "aku kena tabah..." itu sahaja yang mampu aku bisikkan pada Sang Hati. aku x punya sapa2 pun untuk mengadu. aku jalani hari2 sendiri. aku rawat jiwa ini berseorangan.
Tapi bila tiba2 air mataku terhambur di riba mama, akulah insan yang paling lemah...tiada sebarang penjelasan yg mampu aku berikan...namun sang Ibu tahu yg anaknya ini betul2 dalam kesakitan. betul2 dalam permasalahan. kalau tidak, masakan air mata yg selama ini berjaya diseka tanpa disedari, dgn mudah terhambur tanpa segan silu.
Namun aku percaya...Tuhan mahu tunjukkan aku sesuatu...Dia tidak akan uji hambaNya jika hambaNya tidak mampu menempuh ujian itu...aku hanya perlu bersyukur diatas setiap rencanaNya. yang aku pasti, segalanya adalah yang terbaik~
"puas sudah kuberikan engkau segalanya
jalan cerita pun tak akan
berubah..."~I.A

Sunday, July 4, 2010

perlu ke?

HMMMM....aku baru terbaca satu artikel kat paper hari ni pasal ada seorang artis tu bergambar sambil pegang seekor makhluk Tuhan yang najis utk dipegang.aku rasa writer ni dah tak da cerita lagi sensasi agaknya....atau mungkin mmg kerja dia nak tulis cerita mcm ni bagai...jwpn yg biasa "kami hanya menjalankan kerja kami dan utk memenuhi kehendak masyarakat yg mahukan cerita2 panas artis"(errrrkkkkkkkk)ok fine, mungkin kau dh ad degree n aku belum grad lagi,so mungkin kau rasa jwpn kau dh matang sgt.layankan ajeeeee.....
Tahukah kamu wahai saudara2 ku...najis kalau kita memegang anjing ataupun khinzir?ia termasuk dalam kategori najis mughalazzah(najis berat). tapi...selepas kita menyamak (7 kali basuhan dgn air tanah, 1 kali basuhan dgn air mutlak) kita sudah kembali suci.
walaubagaimanapun, HARAM bagi kita kalau memegang, bersentuhan dgn lelaki yg bukan muhrim. basuhlah dgn 100 kali air tanah sekalipun...x kn sama.satu2nya jalan hanya dgn bertaubat.jadi, yg mana satu lagi BAHAYA?
aku faham, gambar itu mungkin menggambarkan yang si pelaku tidak menjaga sensitiviti dalam hidup bermasyarakat dan mmg kelihatan tidak manis sekali berperlakuan sebegitu.cuma tak perlulah diperbesar cerita itu sambil menampakkan betapa kita mahu mengaibkan org lain...

Saturday, July 3, 2010

jika aku jatuh hati...

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang yg melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku utk menyintaiMu
Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg tertaut hatinya padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu
Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hatiMu
Ya Rabbul 'Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid di jalanMu
Ya Allah
jika aku menikmati cinta kekasihMu
jgn lah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir Mu
Ya Allah
jika aku jatuh hati
jgn biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan pjg menyeru manusia pada jalanMu
Ya Allah
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
jgn biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMu
Amin~
sumber:Hamba Allah.

Thursday, July 1, 2010

ringkas.padat.

"mungkinkan putus di tengah jalan
mungkinkan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dgn takdir
mungkin kita kan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan
segalanya ketentuan Tuhan..."




~cinta terakhir~

ckp2 dalam hati

perit
pedih
mencintai org yg tak mencintai kita
yg x menghargai kehadiran kita
atau mungkin
kemungkinan yg lain?
org itu mencintai kita dgn cara yang berbeza
org itu menghargai kita dgn cara yang halus
cuma kita yg x nampak
tapi......
masakan hati ini bersedih
jika cinta itu ada~