Saturday, January 7, 2012

dua puluh dua belas

2012 tiba juga...ini bermakna umurku makin bertambah, tanggungjawabku semakin terasa. tiada sambutan meriah berwarna warni dari aku. yang ada cuma getar di sudut hati ini untuk bertemu dengan kamu..si tahun baru.mengapa perlu getar? jujur ku kata, tahun yang sudah merupakan tahun yang sangat istimewa dalam diriku. istimewa kerana aku dipertemukan dengan dia, istimewa kerana aku telah melangkah keluar dari Taman Ilmu dan Budi dengan jayanya, istimewa kerana dengan izin-Nya aku melangkah ke alam pekerjaan, dan tersangat istimewa kerana mereka yang tersayang sentiasa disisi...tahun yang sudah juga adalah tahun kehilangan bagi diriku. Ya..aku hilang kamu. Sang sahabat...tapi percayalah.aku lebih gembira melihat kau sekarang berbanding dahulu...tanpa aku.

Tahun ini yang ku harap adalah keredhaan, perlindungan dan petunjuk dari-Nya...Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa ku.Lindungilah aku dari tipu daya iblis yang dilaknat...



p/s:tidak menyapa bukan bererti aku lupa kalian..