Wednesday, June 30, 2010

menulis...

SEBAB tak nak biarkan blog ni bersawang...meh aku tuliskan sesuatu.akhir2 ni jarang sekali bernafsu nak update blog.bukan sbb x da cerita nk kongsi, tapi sbb rasa tak tahu nk luahkan perasaan itu dgn tulisan mahupun kata2. sebab itulah aku biarkan ia jd rahsia antara Dia, aku dan jiwa (wow!).report masih belum disentuh, saja biarkan habuk2 melekat pada dokumen2 tu.bila practical dh habis, rasa bosan pulak...selalu kalau rasa sedih, dpt juga lupakan perasaan tu dgn melayan kerja2 di ofis (kerja la sgt!).hari tu aku stalked fb sorang mamat ni.yerp...rindu ah.hahahaha.tak kesah pon walaupun dia x tahu pon siapa aku.aku rasa lagi happy bila tgk dia dr jauh.aku sedar siapa aku.dgn dia mmg tak padan langsung.hahahha.tapi aku percaya janji Dia...lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik...kalau aku mahukan jodoh yang baik, aku sendiri kena jadi seorang muslimah yang baik...
cinta...
bagi aku subjektif.aku mungkin punya pandangan yang jauh berbeza dari orang lain.bagi aku cinta itu boleh jadi nikmat mahupun ujian dari Dia. "jangan kalah dgn dunia" sebaris kata2 yang aku akan sentiasa ingat. maksudnya, andai kita bertemu dgn cinta seseorang yg digelar kekasih, jgn lah ia melebihi cinta kepada Dia dan Kekasih-Nya. kerana kita tak tahu, sama ada cinta itu nikmat mahupun ujian daripada-Nya...bersyukur dan berdoalah sentiasa...kerana Dia Maha Mengetahui.
aku x pernah bercinta...tapi aku pernah jatuh cinta.buat masa sekarang cinta aku untuk Dia dan Kekasih-Nya, untuk keluarga, dan ya...untuk sahabatku.jengkelkah kalian apabila aku katakan aku cintakan sahabatku?percayalah...aku mmg cintakan sahabatku.cinta ini Dia hembuskan ke dasar hatiku.sama ada ia satu nikmat ataupun ujian, hanya kepada-Nya aku memohon petunjuk.
sejauh mana cintaku pada sahabatku?cintaku pada sahabatku adalah cinta saudara. andai satu hari nanti sahabatku hilang pandangan, aku sanggup berikan anugerah penglihatan ini padanya walaupun aku akan buta selamanya...
setiap manusia mempunyai cara berbeza utk mencintai seseorang.x kan sama, x kan serupa.tapi...andai cinta itu ada dalam hatimu...usahlah kau malu untuk menzahirkannya...kerana melihat garis senyuman dari wajah org yg kita cintai..adalah BAHAGIA~

Sunday, June 27, 2010

hows bandung?

YEAY!!!i'm back!i have to say this "BANDUNG SANGAT BEST, JATINANGOR BEST GILER". its so true people.Bandung org akan kenal sebab shopping heaven, jatinangor sebab kat situ ade UNPAD plussssssss food dye sedap bangettttttt. arggghhhh rindunye nak makan kat gerbang lagi.entah bila la aku boleh rasa lagi keenakkan lumpia basah yang sedap tahap gaban tu.
20hb jun 2010
Bertolak dari kluang menuju ke kuala lumpur.aku naik train pukul 10 pg. plan nak tumpang bermalam di uia.hmmmmm perjalanan yg bosan + sedih.sebab apa? %@&#^*@. pukul 3, sampai di kl sentral, amek LRT terus ke gombak.best dapat jumpa aina, noriz, mizee, farisa, and sarah.terubat sikit rindu aku kat uia.hahhah.malam tu borak, borak, dan borak sampailah aku tertidur.
21hb jun 2010
aku gerak dari uia pukul 10.nekad je wey...sampai kl sentral terus amek skybus. ramai jugak org naik skybus ni.sampai kat LCCT, aku breakfast dulu di McD.hmmm x biasa gile makan McD sorang2.selalu makan ngn daya.aku cuma makan fries n sundae je.tgk jam dh pukul 12 tgh hari.hmmmm aku pon pergilah check-in etc. aku tunggu kat waiting area tu almost 3 hours before berlepas. oleh kerana this is the first time aku g luar negara (la sgt) aku pon pelik la kenapa passport aku x da cop. atas flight tu aku tanya la kat stewardess, dgn gerunnya dia ckap "ini bukan masalah kami, ini kecuaian imigresen. cik boleh turun dan ambil flight lain atau cik teruskan perjalanan dan akan hadapi masalah di sana nanti".HAAAAH!tercengang aku.gile ke ape die ni?????last sekali bile die tgk muka aku dh berubah jadi hijau dia pon ckp "tapi tak mengapa sebenarnya, sbb passport cik ada cip, jadi shoudnt be any problem". serious aku rasa nak sepak terajang muka dye.BUDUS! sampai di bandung pukul 5 ptg waktu sana. keluar dr airport aku cari jaja and aoomie.erkkk mana mereka ni?tolonglah jgn lupa aku dtg hari ni.lebih kurang 15 minutes, aku pon nampak jaja and aoomie lambai2 aku dari dalam kereta.ya amppuunnnn...nasib baik korang dtg.kalau tak mesti aku dah ikut mane2 mamat hensem kat sini (serious mamat2 kat sana mmg hensem). then, aku terus ke jatinangor. dinner chicken chop hasil air tgn jaja and the gang. malam tu siap tgk movie show lagi "drag me to hell" mmg heaven sampai aku nk tidur pon asyik teringat nenek pengotor tu.haish!
22hb jun 2010
pukul 9 kami satu rumah (jaja, aoomie, tina, nadia, chin plus aku skali la) gerak ke bandung. hari ni housemates jaja nak balik malaysia, so before tu mereka nak shopping dulu di bandung. sewa kereta kat sana 12 hrs 350000 rp (all inclusive). yang x best nya, pak supir ni x pro la jalan kat bandung.tension!first sekali jaja bawak aku ke pasar baru.OMG!mmg best.murah2 barang kat sana.duit dlm poket mmg x cukup la kalau aku betul2 nak menikmati shopping kat sana.ahaks!next time 3 juta rp tu utk aku sorang je.barulah masyuk! lepas hantar kwn2 jaja ke airport kitorang pergi Toko 3.yeahhhh aku rembat satu jeans levis di sini dan 2 baju polo.puas hati sgt2! then, dinner di Chiwalk.nyum nyum nyum...lepak2, jalan2, borak2 sebelum pergi ambil sorang lagi kawan jaja di airport. overall hari ni mmg aku puas hati.
23hb jun 2010
hari ni aku decide x mo ke bandung.nak jalan2 di jatinangor saja.first sekali jaja bwk aku makan Lumpia Basah.tolonglah..rasanya SEDAP GILA!sekali aku makan mmg angau sebulan. lumpia ni unik sebb rasa dia macam koay teow goreng kat malaysia tapi bahannya dibuat dari sengkuang. aku ni mmg x sentuhla sengkuang kalau kat malaysia, tapi yang ini mmg aku telan habis. pastu, makan pulak pisang ijo. mcm ABC tapi ada tambah pisang yang disalut tepung warna hijau.lagi, makan pulak batagor (bakso+tahu goreng) sedap sedap! then, makan pulak nasi tumis yg mmg sedap giler. byk gilakan aku makan.hahahahaha.sebab food ni kat malaysia tak de. so aku kena la cherish da moment. lepas mkn2, kitorang naik angkut pergi Jatos.owww ini ke Jatos...kitorang tgk movie Shrek 4.not bad la cinema dye.pas movie naik angkut lagi pergi saloon.i loike...aku buat creambath and pedicure (60000 rp).keluar dr saloon, makan lagi pempek palembang (sebut betul2 ok).food ni mcm keropok lekor tp lagi sedap kot..jgn terkejut k, sbb tu aku makan lagi!hahahhah.pecel lele+pecel ayam. sedap nak mam***!!!sambal dye kick woooooo.aku cm nk tmbh je, tapi segan ah.hahahaha.sampai je kat rumah, aku dh rindu balik kat food2 tu semua..
24hb jun 2010
hari ni sewa kereta lagi sebab nk pergi ke bandung.kali ni bertiga (aku, jaja,belle). before pergi, aku sempat lagi suruh jaja beli lumpia nk buat breakfast.aku cm sedih je bile tinggal last bite.sampai di bandung, pergi pasar baru dulu.adela beli 4,5 jenis lagi brg.then, kitorang pergi pulak ke chiwalk.beli brg, makan2, and ambil gambar kenangan.after chiwalk, pergi FO (factory outlet)...argggghhhhh murahnye...x byk FO aku masuk sbb masa yg terhad plus aku x nk seksa batin aku sbb x dpt beli kerana duit yg semakin menipis.hahaah.tapi kat rumah Mode aku beli t-shirt CK and Banana Republic okkaaayyyyy!hahahaha.lepas FO, kami terus ke Kampung Daun utk dinner.menarik gila tmpt ni.nyamannn sgt.ktorang makan kat dlm pondok di tepi sg.romantic kan?ahaks.menu aku adalah ayam bakar padang yang boleh buat perut korang terbakar.tapi aku maintain je.hehehhe.byk ambil gmbr kat sini sbb landscape die cantik.after KD, kami terus balik...
25hb jun 2010
aku gerak ke airport pukul 3 pagi.awal gila...sampai sana aku terus check-in etc.flight berlepas pukul 6.10 am.dlm flight tu aku tertidur jap before perut aku menjerit2 lapar.oleh kerana duit rp ada lagi aku beli la nasi lemak pak nasser tu..boleh la..sedap lg lumpia.hahahah.sampai lcct trus ambil skybus ke kl sentral. pukul 2 tiket train aku ke johor...sepanjang perjalanan dlm train tu aku tido, jaga, makan, termenung sampaila aku tiba kat johor pukul 8 mlm.letihhhhhh....
overall, aku enjoy gila trip ni.best sgt!mmg akan plan utk ke sana lagi.honeymoon pon nak gi sini jugak.ahaks!

Friday, June 18, 2010

cerita kosong

ALHAMDULILLAH....syukur.berjaya jugak akhirnya aku habiskan program praktikum (9 weeks je pooooon)overall, aku enjoy sgt.serius tak tipu.rase terharu sgt bila mereka buat majlis tadi.(gambar aku upload nanti ye).hmmmmm (senyum sampai telinga).kenape ye asyik tersenyum saja hari ini?sebab saya rasa bahagia! kenapa? sebab...erkkk.mungkin belum sesuai utk diceritakan buat masa ini.tapi aku harap, sahabat2 ku sekalian, dapat mendoakan kebahagiaan aku.isnin ini aku akan bertolak utk pergi bercuti!yeay!semoga semuanya berjalan lancar.ole-ole?kalau ada rezeki lebih, aku beli ok?(tak janji taw!)

p/s:farah nadzirah,aku suka rasa ini.

Thursday, June 17, 2010

janji Dia

bisik seorang teman:
"bila Dia menduga kita, ada 2 kunci kejayaan.sabar dan syukur.segala nikmat dan ujian yg diberi, Dia telah rancang yang terbaik utk kita..."
ayatnya tampak ringkas.
tapi isinya seberat gunung.
selama aku melangkah, aku telah alpa
aku pegang kata-kata yang entah dari sapa-sapa
sedangkan janji Dia mmg sudah tersedia utk setiap hamba-Nya

Tuesday, June 15, 2010

andai ini perjalanan terakhir ku...

Andai ini perjalanan terakhir ku...
tahukah kau aku sering mengadu pada-Nya
betapa aku cintakan kau
betapa aku akan gembira diatas kebahagiaan kau...
andai ini perjalanan terakhir ku
kirim kan aku sebingkis doa
sebagai tanda ingatan seorang yg ku panggil sahabat...

Nilai Sahabat

  1. Persahabatan adalah satu-satunya pintu kebebasan kita. Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri / suami sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Persahabatan yang jujur adalah salah satu tangga kenaikan.
  2. Supaya beroleh sahabat, hendaklah diri sendiri layak buat disahabati orang.
  3. Sahabat mu suka pada mu, tetapi tidaklah tiap2 org yg suka pada mu itu adalah sahabat mu.
  4. Kesenangan hidup mu adalah memperbanyak teman, tetapi bukti persahabatan yang setia ialah di waktu kesukaran.
  5. Yang semulia mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat mu sebelum dikatakan. Dan perkenankn permintaannya sebelum dimintanya.
  6. Kalau mempunyai banyak sahabat, jgnlah jadi sahabat utk seorang sahaja.
  7. Kalau sahabat mu tertawa, hendaklah dikatakan apa sebab dia senang, kalau sahabat mu menangis,engkau mesti periksa apa sebab dia susah.
  8. Jika engkau memberi sesuatu pada sahabatmu, bererti memberikan kepada dirimu sendiri.
  9. Pengubat jerih manusia adalah dua : pertama: Iman kepada Allah, kedua: Percaya kepada sahabat.
  10. Bila orang telah merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya, hanya sahabat yang setia yang sanggup membuka matanya.
  11. Teman yang 'berudang disebalik batu' adalah seumpama anjing ditepi jalan, yang ditujunya hanya tulang yang dilemparkan kepadanya, bukan tangan yang melemparkan tulang itu.
  12. Cemburu perempuan kepada perempuan,memutuskan tali persahabatan.

sumber dari Hamba Allah

Monday, June 14, 2010

......

kenapa hati tak sedap ni........

Sunday, June 13, 2010

4 tahun lepas...

YA betul la world cup 4 tahun sekali...tahun ini, genap 4 tahun abah pergi. 4 tahun lepas, aku dan abah masih sama2 demam world cup. world cup kali ini, aku pandang suam suam kuku saja.tak teruja sedikit pon. citarasa aku dh jauh berubah. kalau dulu aku memang kaki bola. kalau ckp pasal bola, mmg aku semangat. tapi itu dulu...

2 event yg buat aku ingat pada abah sgt2, Thomas Cup and World Cup. kenape mesti 2 event ni? sebab aku and abah akan same2 tgk game ni. kami akan duduk berdua di depan tv dan masing2 akan "alaaaa sikit je lagi!" "cepat!cepat!" "cisssss!" (hehehe) tapi most of da time aku lah yg paling bising. Abah cool! kalau dye geram dye suke tampar lantai je. World cup 2006 was our last world cup together...ade satu malam ni, kami stay up, buat air kopi and masak maggi satu periuk! seronok sgt!kalau x tgk game, pagi2 aku akan update abah result nye (sbb masa tu maxis ade update result pagi2).kadang2 aku and abah akan borak pasal org ni terror, org tu x berapa nk terror, org tu main hampeh. tapi satu soalan yg every game aku akan tanye abah "abah, offside tu mcm mane?" haish! abah x pernah jemu nk pahamkan aku.hari2 die jwb benda yang sama.


World Cup 2006 in memory...

Saturday, June 12, 2010

somewhere only we know

I walked across an empty land
I knew the pathway like the back of my hand
I felt the earth beneath my feet
Sat by the river and it made me complete
Oh simple thing where have you gone
I’m getting old and I need something to rely on
So tell me when you’re gonna let me in
I’m getting tired and I need somewhere to begin
I came across a fallen treeI felt the branches of it looking at me
Is this the place we used to love?
Is this the place that I’ve been dreaming of?
Oh simple thing where have you gone
I’m getting old and I need something to rely on
So tell me when you’re gonna let me in
I’m getting tired and I need somewhere to begin
And if you have a minute why don’t we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don’t we go
Somewhere only we know?

Friday, June 11, 2010

rasa ini.

HMMMM!jumaat dah...=).next week will be my final week.alhamdulillah....apa yg aku fikir ni ye?hmmm fikir nak balik la sebab jam punchcard tu dh bunyik2.apa yg aku rasa ye?aku rasa lega sket, confius sket, sedih sket, gembira sket, teruja sket, bimbang sket...sure boleh imagine la muke aku yg bagai air sg yg keruh kan.hahahaaha. Apa pun aku serahkan pada Dia. Aku minta Dia jgn bolak-balikkan perasaan aku. Aku minta Dia pelihara aku. Aku cuma mampu mengadu pada Dia. Sebab Dia je yg setia mendengar. Mulai saat itu....sedihku bertemankan Dia. aku tak nak lupakan Dia lagi. cukuplah...aku dh cukup berdosa pada Dia...

Aku percaya akan janji-Mu
Hanya pada-Mu tempat aku mengadu
Hanya pada-Mu tempat aku memohon pertolongan
Lindungi aku dari terpedaya dengan hasutan syaitan nirrajim
Merindui-Mu adalah seindah-indah rindu
.........

Wednesday, June 9, 2010

dup dap dup dap

LESS than 2 weeks!yeah....semuenye hampir berakhir.maksud aku, internship program ni huh. and 1 more thing, aku dah tak sabar nak tinggalkan Malaysia! ya, aku rase tercungap-cungap x cukup nafas rasenye. bukan sbb Malaysia ni busuk ke, berperang ke atau ape2 lah yg patut. tapi sebab aku nk bawak masalah+masalah+masalah+masalah=maaaasssaaaalllaaaaahhhhhh ke negara org tu, and aku nk tinggalkan segalanya-galanya kat sane (Izinkan aku Tuhan...) aku letih dah dgn segala-galanya.aku dah letih dgn apa yg jadik.bukan aku x face masalah ni...ikhlas, aku dah cuba hadapi dgn sebaik mungkin...sungguh...aku dah puas jaga dan pujuk hati org.ini masa utk aku pujuk hati aku sendiri...

bila Tuhan menduga kita, ada 2 kunci kejayaan...sabar dan syukur. walaupun kita mungkin tak suka apa yg terjadi..tapi Tuhan itu Maha Mengetahui...rezeki itu akan muncul dari ruang2 yang kita tak sangka...jika kita bertawakal kepada-Nya.

Tuesday, June 8, 2010

shout out7

saya SUKA lagu WE MIGHT AS WELL BE STRANGERS!!!

Monday, June 7, 2010

betul?x betul?

MAMA aku cakap...-


"kalau masalah kawan kau, berhari-hari kau nangis.tapi kalau masalah kau, adeke kawan kau tu nak nangis dengan kau"


aku terdiam.
hmmmmm.......


Sunday, June 6, 2010

shout out6




monolog10

kau yg mula dulu game ini
kau yg mula cerita ini
kau yg buat aku rasa mcm ini
bila aku sedar kau tak nak mengalah
bila aku dah tak sedar kau blah





kalau aku mampu...
aku nak benci kau seumur hidup aku

we might as well be S.T.R.A.N.G.E.R.S

I don't know your face no more
Or feel your touch that I adore
I don't know your face no more
It's just a place I'm looking for
We might as well be strangers in another town
We might as well be living in a different world
We might as well
We might as well
We might as well
I don't know your thoughts these days
We're strangers in an empty space
I don't understand your heart
It's easier to be apart
We might as well be strangers in another town
We might as well be living in a another time
We might as well
We might as well
We might as well be strangers
Be strangers
For all I know of you now
For all I know of you now
For all I know of you now
For all I know

Iqram Hasmi.aku rindu.



RINDU!ya masa aku tulis entry ni perasaan rindu membuak-buak.di mana kau syg?aku tahu.kau di syurga.Farah Nadzirah, kau mengingatkan aku pd nama ini.serious, air mata aku mengalir bila kau sebut nama Iqram Hasmi hari tu.tiba-tiba aku jadi rindu...


Siapa Iqram Hasmi?

aku tahu, tiada siapa pon yang peduli siapa itu Iqram Hasmi.

yang aku tahu...aku rindu sebut nama itu....semoga kita bertemu nanti.

Saturday, June 5, 2010

aku dah hilang percaya

YA!itu adalah benar.aku dh hilang kepercayaan terhadap org sekeliling aku kecuali mak aku sendiri.maksudnye tak kisah la die jiran ke, pemandu teksi ke, posmen ke, kawan ke, selain mak aku, aku dh tak berapa nk percaya.bukan ape...banyak kali dah aku rase org tikam aku kat belakang. depan bukan main lah...jumpe peluk, cium "lamanye x jumpe kau.sehat?", bile kat belakang "ei meluatnye aku tgk diorang tu..."takpun..."aku janji aku x cerita kat sesiapa, aku kan kwn kau" tapi dalam hati "hahahha.siap kau.aku hebahkan rahsia kau".aku tahu, org lain pon face benda yang sama. kawan sendiri pon tak percaya ke?hahahaha....errmmm...errrrrr...aaahhhhhh...(tak pyh jwb boleh?).manusia ni berubah kan...so susah nk ckp.harini kate ok, esok kate not ok.prove kanlah, baru boleh percaya....semue yg dlm list "terbaik aku ada" tu, top list la yg aku boleh nk percaya...(ahakssss)
kita kan, kalau x mampu nk tunai janji baik jgn berjanji.mcm aku lah, janji mcm2 sampai kdg2 lupa nak tunaikan.mintak maaflah kpd sesiapa yg berkenaan...aku ni sibuk sgtlah sampai terlupa janji aku kat korang.kalau rasa nk claim, boleh msg aku kat fb (OMG!).satu lagi, kita kalau buat baik dgn org biar berpada-pada."buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali!" ingat tu kawan2...benda ni penting.sebab tu dr zaman tok kadok pepatah ni dh wujud.kalau kita terlalu buat baik kat org, org tu terlupe kat kite, kite dah kecik hati...baik kite buat biase2 je kan?hahaha dgr tu siti, nurul, ani, senah.buat baik berpada2.buat jahat nanti berdosa!

Friday, June 4, 2010

monolog9

sebentar lagi...aku akan kesana
ke tempat itu
hati harus di pujuk
tabahlah sayang...
tinggalkan memori semalam
mereka mencintai kamu
percayalah...
Tuhan itu adalah segala-galanya...



sabarlah sayang....

monolog8

hari ini aku terjaga awal...
sgt awal...
sebaik mata aku celik
mindaku terus berputar ligat
fikiran ku masih memikirkan tentang itu
ya, kisah 3 tahun sudah...
tapi kali ini lebih kepada kisah aku
tentang masa depan aku
tentang perjalanan hidup aku
tentang diri aku


aku berteleku di tikar sembahyang
menagih simpati Yang Maha Esa
menadah doa memohon kekuatan
Ampunkan aku Ya Tuhan...
Ampunkan aku Ya Tuhan...
Ampunkan aku Ya Tuhan...


air mataku menitis lagi
jatuh mengenai lututku yg setia berteleku
suasana sepi membisu
buatkan hati ku bertambah sayu...
aku menghadap Pencipta ku penuh penyesalan
yang ku tagih adalah kekuatan dan ketabahan
utk apa?
utk aku berjalan ke depan
utk aku manjadi tabah
utk aku mendapat keredhaan-Nya


mengapa kau bersedih wahai manusia?
aku bersedih kerana aku rasakan aku jijik berpijak di bumi Tuhan
aku bersedih kerana aku rasa keseorangan
aku bersedih kerana hati ini merasa sedih


Dia tidak pernah lupa pada hamba-hamba Nya
tetapi hamba-hamba Nya yg sering melupakan-Nya
andai kau bersedih
mengadulah kepada-Nya
Tuhan mu adalah pendengar rintihan hamba-Nya yang paling setia...


Thursday, June 3, 2010

internship3

HAI! hari ini mereka2 yg Baik Hati sekali lagi bawak aku pergi inspection. Hari ini giliran pegawai dr unit Akaun Belum Terima (ABT) menyerikan hari-hari terakhir aku di pejabat.Best!



Before balik sempat singgah dekat pejabat Kastam cawangan Mersing.Terima kasih ya Encik dan Puan Pegawai! termasuk lah Haji sekali yg bwk kereta superb!