Friday, June 4, 2010

monolog8

hari ini aku terjaga awal...
sgt awal...
sebaik mata aku celik
mindaku terus berputar ligat
fikiran ku masih memikirkan tentang itu
ya, kisah 3 tahun sudah...
tapi kali ini lebih kepada kisah aku
tentang masa depan aku
tentang perjalanan hidup aku
tentang diri aku


aku berteleku di tikar sembahyang
menagih simpati Yang Maha Esa
menadah doa memohon kekuatan
Ampunkan aku Ya Tuhan...
Ampunkan aku Ya Tuhan...
Ampunkan aku Ya Tuhan...


air mataku menitis lagi
jatuh mengenai lututku yg setia berteleku
suasana sepi membisu
buatkan hati ku bertambah sayu...
aku menghadap Pencipta ku penuh penyesalan
yang ku tagih adalah kekuatan dan ketabahan
utk apa?
utk aku berjalan ke depan
utk aku manjadi tabah
utk aku mendapat keredhaan-Nya


mengapa kau bersedih wahai manusia?
aku bersedih kerana aku rasakan aku jijik berpijak di bumi Tuhan
aku bersedih kerana aku rasa keseorangan
aku bersedih kerana hati ini merasa sedih


Dia tidak pernah lupa pada hamba-hamba Nya
tetapi hamba-hamba Nya yg sering melupakan-Nya
andai kau bersedih
mengadulah kepada-Nya
Tuhan mu adalah pendengar rintihan hamba-Nya yang paling setia...


No comments:

Post a Comment