Sunday, June 27, 2010

hows bandung?

YEAY!!!i'm back!i have to say this "BANDUNG SANGAT BEST, JATINANGOR BEST GILER". its so true people.Bandung org akan kenal sebab shopping heaven, jatinangor sebab kat situ ade UNPAD plussssssss food dye sedap bangettttttt. arggghhhh rindunye nak makan kat gerbang lagi.entah bila la aku boleh rasa lagi keenakkan lumpia basah yang sedap tahap gaban tu.
20hb jun 2010
Bertolak dari kluang menuju ke kuala lumpur.aku naik train pukul 10 pg. plan nak tumpang bermalam di uia.hmmmmm perjalanan yg bosan + sedih.sebab apa? %@&#^*@. pukul 3, sampai di kl sentral, amek LRT terus ke gombak.best dapat jumpa aina, noriz, mizee, farisa, and sarah.terubat sikit rindu aku kat uia.hahhah.malam tu borak, borak, dan borak sampailah aku tertidur.
21hb jun 2010
aku gerak dari uia pukul 10.nekad je wey...sampai kl sentral terus amek skybus. ramai jugak org naik skybus ni.sampai kat LCCT, aku breakfast dulu di McD.hmmm x biasa gile makan McD sorang2.selalu makan ngn daya.aku cuma makan fries n sundae je.tgk jam dh pukul 12 tgh hari.hmmmm aku pon pergilah check-in etc. aku tunggu kat waiting area tu almost 3 hours before berlepas. oleh kerana this is the first time aku g luar negara (la sgt) aku pon pelik la kenapa passport aku x da cop. atas flight tu aku tanya la kat stewardess, dgn gerunnya dia ckap "ini bukan masalah kami, ini kecuaian imigresen. cik boleh turun dan ambil flight lain atau cik teruskan perjalanan dan akan hadapi masalah di sana nanti".HAAAAH!tercengang aku.gile ke ape die ni?????last sekali bile die tgk muka aku dh berubah jadi hijau dia pon ckp "tapi tak mengapa sebenarnya, sbb passport cik ada cip, jadi shoudnt be any problem". serious aku rasa nak sepak terajang muka dye.BUDUS! sampai di bandung pukul 5 ptg waktu sana. keluar dr airport aku cari jaja and aoomie.erkkk mana mereka ni?tolonglah jgn lupa aku dtg hari ni.lebih kurang 15 minutes, aku pon nampak jaja and aoomie lambai2 aku dari dalam kereta.ya amppuunnnn...nasib baik korang dtg.kalau tak mesti aku dah ikut mane2 mamat hensem kat sini (serious mamat2 kat sana mmg hensem). then, aku terus ke jatinangor. dinner chicken chop hasil air tgn jaja and the gang. malam tu siap tgk movie show lagi "drag me to hell" mmg heaven sampai aku nk tidur pon asyik teringat nenek pengotor tu.haish!
22hb jun 2010
pukul 9 kami satu rumah (jaja, aoomie, tina, nadia, chin plus aku skali la) gerak ke bandung. hari ni housemates jaja nak balik malaysia, so before tu mereka nak shopping dulu di bandung. sewa kereta kat sana 12 hrs 350000 rp (all inclusive). yang x best nya, pak supir ni x pro la jalan kat bandung.tension!first sekali jaja bawak aku ke pasar baru.OMG!mmg best.murah2 barang kat sana.duit dlm poket mmg x cukup la kalau aku betul2 nak menikmati shopping kat sana.ahaks!next time 3 juta rp tu utk aku sorang je.barulah masyuk! lepas hantar kwn2 jaja ke airport kitorang pergi Toko 3.yeahhhh aku rembat satu jeans levis di sini dan 2 baju polo.puas hati sgt2! then, dinner di Chiwalk.nyum nyum nyum...lepak2, jalan2, borak2 sebelum pergi ambil sorang lagi kawan jaja di airport. overall hari ni mmg aku puas hati.
23hb jun 2010
hari ni aku decide x mo ke bandung.nak jalan2 di jatinangor saja.first sekali jaja bwk aku makan Lumpia Basah.tolonglah..rasanya SEDAP GILA!sekali aku makan mmg angau sebulan. lumpia ni unik sebb rasa dia macam koay teow goreng kat malaysia tapi bahannya dibuat dari sengkuang. aku ni mmg x sentuhla sengkuang kalau kat malaysia, tapi yang ini mmg aku telan habis. pastu, makan pulak pisang ijo. mcm ABC tapi ada tambah pisang yang disalut tepung warna hijau.lagi, makan pulak batagor (bakso+tahu goreng) sedap sedap! then, makan pulak nasi tumis yg mmg sedap giler. byk gilakan aku makan.hahahahaha.sebab food ni kat malaysia tak de. so aku kena la cherish da moment. lepas mkn2, kitorang naik angkut pergi Jatos.owww ini ke Jatos...kitorang tgk movie Shrek 4.not bad la cinema dye.pas movie naik angkut lagi pergi saloon.i loike...aku buat creambath and pedicure (60000 rp).keluar dr saloon, makan lagi pempek palembang (sebut betul2 ok).food ni mcm keropok lekor tp lagi sedap kot..jgn terkejut k, sbb tu aku makan lagi!hahahhah.pecel lele+pecel ayam. sedap nak mam***!!!sambal dye kick woooooo.aku cm nk tmbh je, tapi segan ah.hahahaha.sampai je kat rumah, aku dh rindu balik kat food2 tu semua..
24hb jun 2010
hari ni sewa kereta lagi sebab nk pergi ke bandung.kali ni bertiga (aku, jaja,belle). before pergi, aku sempat lagi suruh jaja beli lumpia nk buat breakfast.aku cm sedih je bile tinggal last bite.sampai di bandung, pergi pasar baru dulu.adela beli 4,5 jenis lagi brg.then, kitorang pergi pulak ke chiwalk.beli brg, makan2, and ambil gambar kenangan.after chiwalk, pergi FO (factory outlet)...argggghhhhh murahnye...x byk FO aku masuk sbb masa yg terhad plus aku x nk seksa batin aku sbb x dpt beli kerana duit yg semakin menipis.hahaah.tapi kat rumah Mode aku beli t-shirt CK and Banana Republic okkaaayyyyy!hahahaha.lepas FO, kami terus ke Kampung Daun utk dinner.menarik gila tmpt ni.nyamannn sgt.ktorang makan kat dlm pondok di tepi sg.romantic kan?ahaks.menu aku adalah ayam bakar padang yang boleh buat perut korang terbakar.tapi aku maintain je.hehehhe.byk ambil gmbr kat sini sbb landscape die cantik.after KD, kami terus balik...
25hb jun 2010
aku gerak ke airport pukul 3 pagi.awal gila...sampai sana aku terus check-in etc.flight berlepas pukul 6.10 am.dlm flight tu aku tertidur jap before perut aku menjerit2 lapar.oleh kerana duit rp ada lagi aku beli la nasi lemak pak nasser tu..boleh la..sedap lg lumpia.hahahah.sampai lcct trus ambil skybus ke kl sentral. pukul 2 tiket train aku ke johor...sepanjang perjalanan dlm train tu aku tido, jaga, makan, termenung sampaila aku tiba kat johor pukul 8 mlm.letihhhhhh....
overall, aku enjoy gila trip ni.best sgt!mmg akan plan utk ke sana lagi.honeymoon pon nak gi sini jugak.ahaks!

2 comments: