Wednesday, June 30, 2010

menulis...

SEBAB tak nak biarkan blog ni bersawang...meh aku tuliskan sesuatu.akhir2 ni jarang sekali bernafsu nak update blog.bukan sbb x da cerita nk kongsi, tapi sbb rasa tak tahu nk luahkan perasaan itu dgn tulisan mahupun kata2. sebab itulah aku biarkan ia jd rahsia antara Dia, aku dan jiwa (wow!).report masih belum disentuh, saja biarkan habuk2 melekat pada dokumen2 tu.bila practical dh habis, rasa bosan pulak...selalu kalau rasa sedih, dpt juga lupakan perasaan tu dgn melayan kerja2 di ofis (kerja la sgt!).hari tu aku stalked fb sorang mamat ni.yerp...rindu ah.hahahaha.tak kesah pon walaupun dia x tahu pon siapa aku.aku rasa lagi happy bila tgk dia dr jauh.aku sedar siapa aku.dgn dia mmg tak padan langsung.hahahha.tapi aku percaya janji Dia...lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik...kalau aku mahukan jodoh yang baik, aku sendiri kena jadi seorang muslimah yang baik...
cinta...
bagi aku subjektif.aku mungkin punya pandangan yang jauh berbeza dari orang lain.bagi aku cinta itu boleh jadi nikmat mahupun ujian dari Dia. "jangan kalah dgn dunia" sebaris kata2 yang aku akan sentiasa ingat. maksudnya, andai kita bertemu dgn cinta seseorang yg digelar kekasih, jgn lah ia melebihi cinta kepada Dia dan Kekasih-Nya. kerana kita tak tahu, sama ada cinta itu nikmat mahupun ujian daripada-Nya...bersyukur dan berdoalah sentiasa...kerana Dia Maha Mengetahui.
aku x pernah bercinta...tapi aku pernah jatuh cinta.buat masa sekarang cinta aku untuk Dia dan Kekasih-Nya, untuk keluarga, dan ya...untuk sahabatku.jengkelkah kalian apabila aku katakan aku cintakan sahabatku?percayalah...aku mmg cintakan sahabatku.cinta ini Dia hembuskan ke dasar hatiku.sama ada ia satu nikmat ataupun ujian, hanya kepada-Nya aku memohon petunjuk.
sejauh mana cintaku pada sahabatku?cintaku pada sahabatku adalah cinta saudara. andai satu hari nanti sahabatku hilang pandangan, aku sanggup berikan anugerah penglihatan ini padanya walaupun aku akan buta selamanya...
setiap manusia mempunyai cara berbeza utk mencintai seseorang.x kan sama, x kan serupa.tapi...andai cinta itu ada dalam hatimu...usahlah kau malu untuk menzahirkannya...kerana melihat garis senyuman dari wajah org yg kita cintai..adalah BAHAGIA~

2 comments: