Thursday, December 2, 2010

bukan 2 alam

ini lumrah alam...
bila yang baru sudah jadi buruk, tempatnya sudah tentu di dlm stor
bersesak2 bersama brg2 buruk yg lain
alkisah ada sebuah motosikal yg dulu pernah jadi igauan seorang anak
siang malam mulutnya tak henti2 bercerita pasal kehebatan motosikal itu
walhal motosikal itu tidaklah hebat mana...
cuma apabila sudah suka, mana cacat celanya sudah kabur dek kerana suka
si anak itu pun memujuk ayahnya supaya membelikannya motosikal itu
si anak sering mengeluh kakinya sakit dek terpaksa berjalan berbatu2 untuk ke sekolah
kerana kasih kan anak...kehendak anaknya itu diturutkan
si anak gembira bukan kepalang
dicium2 pipi si ayah tanda terima kasih
bermulalah hari2 indah si anak dgn motosikal barunya
ke sana ke mari hanya berdua
bila org nk tumpang, ada sahaja alasannya
siang dan malam asyik memuji si motor baru
dicanangya pada sesiapa sahaja yg lalu ttg kehebatan kwn brunya
dibelai2, diusap2, di jaga rapi si motor setiap hari
pantang ada org yg cuba mengkritik motor barunya
teruk org itu dimarahi
semuanya kerana dia terlalu kasih kan motor barunya
si motor pun rasa bertuah
kerana mempunyai tuan yang begitu kasihkannya
suatu hari si motor bersuara
"tuan...usahlah tuan terlalu kasihkan aku.aku hanya sebuah motor.esok lusa, apabila tuan sudah punya pengganti aku kerana kelemahan yg ada pada aku, pasti tuan akan lupakan aku"
dgn suara yg pelik si tuan menjawab
"kenapa kau berkata begitu kpdaku?bukan kah aku tuanmu?sudah pasti aku akan menjagamu sampai bila2.aku tidak akan biarkan sesiapa pun menghinamu.percayalah"
si motor pun berasa senang hati
ditemaninya si tuan kemana saja yang dia mahu
diturutkan sahaja kehendaknya tanpa byk soal
dia merasa suka apabila tuannya berasa bangga apabila bersamanya
hinggalah tiba pada suatu hari
ketika mereka berdua melalui sebaris kedai yang menjual motokar2 yang hebat
si tuan tiba2 terpaku di hadapan kedai
dia kelihatan sgt tertarik dgn kecantikan salah satu motokar disitu
mulai saat itu, kasihnya dia pada si motor semakin pudar
dia sudah memasang angan2 untuk mencari pengganti kepada si motor
pada suatu hari, ketika si tuan sedang bersiar2 bersama motornya
tanpa disengajakan, salah satu anggota utama si motor rosak
bukan main menyinga lagi si tuan
"maafkan aku tuan...jantung ku sakit.sbb sudah lama benar tuan tidak mencucinya...kini aku tidak dpt bertahan lagi" kata si motor ketakutan
"ah!!!kau ini mmg menyusahkan!sudah lama benar aku bersabar dgn kau"
"apa kah salahku tuan...bukan kah kau berjanji utk mengasihi ku sampai bila?"
"itu dulu.ketika aku belum tertarik dgn motokar yang kita sama2 lihat di bandar tempohari"
"maksudnya..tuan sudah tidak kasih kan aku?apa kurangnya aku wahai tuan?"
"ya aku sudah tidak kasihkan kau!bila hujan kau tidak dapat melindungi ku dr basah kuyup.bila panasnya cuaca, kau tidak dpt manahan teriknya matahari dr mengenai ku.aku sudah letih berdua bersamamu.aku mahu keluar beramai2 bersama teman2 yg lain.jika aku punya motokar, sudah pasti dia boleh berbuat semua itu kepadaku.kau jgn risau,akan ku gunakan mu sehingga ayahku membelikan aku motokar baru"jawab si tuan angkuh.
terpanalah si motor dgn kata2 itu.bukan aku yg memaksamu membeliku dahulu.bukan kah aku sudah mengingatkan dirimu agar tidak terlalu mengasihiku,kerana kelak aku akan kau tinggalkan jua.namun, terima kasih aku ucapkan kepada mu tuan, kerana pernah mengasihi ku.aku kini sedia utk diletakkan di stor.aku kini sedia utk dicaci oleh org ramai.aku kini sudah terlalu sedia utk mendengar segala keluhan dan kritikan dr mulutmu.aku tidak sempurna tuan, tidak seperti yg kau banggakan satu ketika dahulu...
LUMRAH ALAM...

No comments:

Post a Comment