Thursday, December 2, 2010

oh siti...

"aku perlukan sepasang selipar baru yg boleh membawa ku kemana2"
"nah inilah selipar yang paling sesuai dgn mu"
bermulalah kehidupan aku si selipar bersama seorang budak perempuan
biar aku namakannya siti
siti merupakan seorang budak hingusan yang tinggal dihujung kampung
aktiviti hariannya tidaklah seteruk mana
siti anak yang manja
disayangi oleh setiap ahli keluarganya
ketika siti membawa aku pulang ke rumah
semua org memuji2 kecantikan aku, si selipar baru
maklumlah di kampung itu hanya siti sahaja yg mampu memiliki ku
siti menjaga aku dengan penuh kasih sayang
kehadiran aku didalam rumah itu sgt dihargai
aku dianggap barang yg sgt penting didalam rumah itu
kadang2 siti memarahi ku jika aku kotor atau terjatuh
pelik kan?
tapi kata siti, dia marah kerana dia syg kan aku
aku tersenyum, aku juga sygkan kau siti
kau kan tuan aku
hinggalah pada suatu hari apabila seorang tetamu dtg dan menghadiahi siti sepasang selipar baru
aku yang diletakkan di rak kasut berasa sgt cemburu
siti sudah mula lupakan aku
kata siti, selipar barunya itu lebih menepati kehendaknya
selesa, bergaya, dan cantik
habis aku siti?
aku hanya menunggu masa utk mencampakkan kau kedalam tong sampah wahai si selipar buruk
kawan2 aku juga sudah jemu dgn kau
oh siti....
cepatnya kau lupakan aku
aku rindukan siti
sudah lama siti tidak memarahi ku
itu tandanya siti sudah tidak kesah kan aku
tapi siti...
hidup ini bagai roda
jangan lah kau bersikap angkuh dengan kasut baru yang kau miliki itu
oh siti...siti...siti...

No comments:

Post a Comment