Thursday, May 6, 2010

adilkah?

AL-FATIHAH utk adik Aminulrashid yg telah kembali kepada Dia baru2 ini.semoga ahli keluarga arwah tabah dan tenang menghadapi dugaan-Nya.sesungguhnya hanya orang2 yg terpilih sahaja akan di duga oleh yang Maha Kuasa.
Jika keadilan yg mahu dituntut, gunakanlah segala hak yg ada utk mencapainya.Jika keadilan gagal dibuktikan di dunia ini, percayalah Dia Maha Adil.dan keadilan-Nya adalah yang terbaik. Luahkan apa yg benar, dedahkan apa yg sepatutnya.
Namun...segalanya hanya Dia dan arwah sahaja yg tahu...
Segalanya masih belum dirungkaikan
Siapa salah? Siapa benar? Siapa jujur? Siapa bohong?
Oleh itu, biarkan pihak berkuasa yg bekerja
sambil rakyat menjadi mata dan telinga
tapi BUKAN MULUT
kerana MULUT boleh menyebar dusta dan fitnah
walaupun MUNGKIN ada pihak berkuasa yang melakukan salah dan silap
tidak bermaksud sebatalion pasukan melakukan kesalahan
mereka juga manusia biasa
sama seperti aku, kau, dan mereka
tiada manusia yg suci dr melakukan kesalahan
jadi manusia jgn cepat melatah
jgn terpengaruh dgn cerita dongeng tentang rakyat yg sentiasa ditindas
baca juga cerita dongeng tentang raja dan pemimpin yg adil dan saksama
mulut bising ckp pasal keadilan
tetapi diri sendiri melakukan ketidakadilan
kerana menjatuhkan keputusan pada sesuatu yg masih belum terbukti
kita jadi mata dan telinga.supaya mereka yg bekerja sentiasa waspada~yang benar tetap benar.

No comments:

Post a Comment