Tuesday, May 4, 2010

jejemput + internship

WAH!cepat betul masa berlalu.sedar x sedar dah masuk third week internship aku.so far...alhamdulillah...guess what?esok ada "Pertandingan Memasak Jemput-Jemput"!aku join taw.aku tak mahu nanti org cakap aku sombong ke,kera sumbang ke.sbb tu aku decide nak join jugak.ala bayar RM5 saja.boleh jugak beramah mesra dgn staff2 yg lain.amek hati supervisor sket biar bagi aku pass dgn cemerlang (hehe agenda tersembunyi).



minggu ni aku kerja di unit cukai dalaman.oleh kerana sekarang ni awal bulan,tak de lah sibuk sgt unit ni.so,aku pon amek angin kat unit lain sambil cari kerja.bila dpt kerja,balik2 check penyata.(aku suke kerja ni).naik berpinar mata aku tgk nombor2 yang bertaburan.almaklumlah...dah lama aku tak bertepuk tampar ngn nombor.memandangkn course yg aku amek tak berapa nak ada kaitan dgn permainan nombor.esok InsyAllah, kalau aku ingat nak bawa kamera, aku snap selai dua gmbr jemput2 aku ok?hehehe.kasik terliur sket.

2 comments: